NADI Nurture DILEA Program Khas Webinar Berkala Sejarah (Edisi 1)
14 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2025, Sabtu, Program Khas Webinar Berkala Sejarah (Edisi 1) telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bermula daripada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang dan telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian kelas tersebut.
Program Khas Webinar Berkala Sejarah (Edisi 1) ini diadalakn bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mencatat nota secara tersusun seperti kata kunci, isi utama dan ringkasan. Selain itu, dapat meningkatkan kefahaman bacaan pelajar dengan memahami isi penting daripada teks dengan lebih berkesan melalui pendekatan yang berstruktur. Akhir sekali, dapat mengasah kemahiran analisi dan pemikiran pelajar supaya lebih peka terhadap struktur teks dan idea melalui proses menyoal dan menyusun maklumat.
Semoga Adik Macdeminlina dapat menjawab soalan Sejarah dengan lebih mudah selepas menghadiri program khas webinar berkala ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: